Friday, September 14, 2012

Tuesday, September 11, 2012

SOALAN PERCUBAAN SAINS GUNAAN 2012

SILA BAGI EMAIL...UNTUK SOALAN DAN SKEMA PERCUBAAN NEGERI PERAK 2012 VERSI SMV SERI ISKANDAR... pyan1577@yahoo.com

Monday, September 19, 2011

Soalan Percubaan Applied Science Negeri Perak 2011

Sesiapa yang berminat untuk dapatkannya sila tinggalkan alamat e-mail...

Selesai Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Minggu ni cikgu2 sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Ada yang dah siap disemak.
markah kena masukkan dalam sistem analisa peperiksaan sekolah (SAPS).Ramai pelajar tingkatan 5 yang dah mula ponteng sekolah. Maklumlah baru habis percubaan.

Thursday, April 22, 2010

Kembali menulis

Dah lama tak menulis kat blog ni..rasa kekok la pula.
Bulan April hampir melabuhkan tirai, mei bakal menjelma.
Rutin harian tetap diteruskan. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah diksanakan.
Paling hampir peperiksaan pertengahan Tahun. Maka, sibuklah menyediakan soalan.
kena semak takut2 ada kesilapan. Kokurikulum masih dilaksanakan. Semua guru sibuk dengan tugas2 masing.
Esok hari sabtu, hari persekolahan ganti untuk cuti hari raya kelak. dapat ler bercuti. biar susah dahulu senang kemudian.
sejak mengajar kelas vokasional ni...rasanya macam-macam karenah yang ditemui.
sabar tetap menguasai diri.

Sunday, September 13, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

14 SEPT 2009 KERTAS FIZIK
16 SEPT 2009 KERTAS KIMIA

Maka tamatlah peperiksaan percubaan spm. Sibuklah para guru menyemak kertas. Tambahan pula hujung minggu ini sekolah akan bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari raya.
kerja-kerja penyemakan kertas akan tergendala .

Friday, July 3, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA



Ucapan ini diucapkan khas kepada bekas pelajar TECHSIS terutama yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS dalam program sijil/diploma/ijazah/sarjana.
Semoga kejayaan menjadi realiti.
kepada yang telah tamat pengajian, alam pekerjaan kini menanti. jadi pekerja yang baik dan berkesan.
kepada pelajar -pelajar TECHSIS yang akan mengambil peperiksaan SPM bulan November nanti
dapat membuat muhasabah diri. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah diperolehi boleh dijadikan panduan. Sasaran yang telah ditetapkan pada awal tahun telah tercapai atau pun tidak. Buat analisa bagi subjek subjek yang masih belum dikuasai. Biar susah sekarang, nanti tak menyesal kemudian hari. buat persediaan yang sepatutnya. masa yang terluang mesti diisi sebaik mungkin. Semoga mencapai apa yang dihajati.

Kepada Guru-guru iaitu rakan setugas, kerjasama dan komitmen anda dapat membatu kejayaan anak didik kita. Tugasan rutin dan bukan rutin adalah lumrah bagi insan yang bergelar guru.
Pada hari selasa saya berkesempatan menghadiri Konvesyen Waja peringkat Negeri Perak di Hotel Seri Malaysia. Banyak input yang saya perolehi, contohnya tentang pengurusan fail bagi latihan dan aktiviti serta pencapaian mesti direkodkan bagi tujuan pemantauan pencapaian pelajar.