Sunday, September 13, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

14 SEPT 2009 KERTAS FIZIK
16 SEPT 2009 KERTAS KIMIA

Maka tamatlah peperiksaan percubaan spm. Sibuklah para guru menyemak kertas. Tambahan pula hujung minggu ini sekolah akan bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari raya.
kerja-kerja penyemakan kertas akan tergendala .

Friday, July 3, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA



Ucapan ini diucapkan khas kepada bekas pelajar TECHSIS terutama yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS dalam program sijil/diploma/ijazah/sarjana.
Semoga kejayaan menjadi realiti.
kepada yang telah tamat pengajian, alam pekerjaan kini menanti. jadi pekerja yang baik dan berkesan.
kepada pelajar -pelajar TECHSIS yang akan mengambil peperiksaan SPM bulan November nanti
dapat membuat muhasabah diri. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah diperolehi boleh dijadikan panduan. Sasaran yang telah ditetapkan pada awal tahun telah tercapai atau pun tidak. Buat analisa bagi subjek subjek yang masih belum dikuasai. Biar susah sekarang, nanti tak menyesal kemudian hari. buat persediaan yang sepatutnya. masa yang terluang mesti diisi sebaik mungkin. Semoga mencapai apa yang dihajati.

Kepada Guru-guru iaitu rakan setugas, kerjasama dan komitmen anda dapat membatu kejayaan anak didik kita. Tugasan rutin dan bukan rutin adalah lumrah bagi insan yang bergelar guru.
Pada hari selasa saya berkesempatan menghadiri Konvesyen Waja peringkat Negeri Perak di Hotel Seri Malaysia. Banyak input yang saya perolehi, contohnya tentang pengurusan fail bagi latihan dan aktiviti serta pencapaian mesti direkodkan bagi tujuan pemantauan pencapaian pelajar.

Peristiwa-peristiwa penting

1. KURSUS P&P OLEH GURU CEMERLANG FIZIK PADA 4 JULAI 2009
2. MAJLIS PERMUAFAKATAN (MOCKING) DAN GOTONG ROYONG PADA 11 JULAI 2009
3. HARI ANUGERAH 2009 PADA BULAN OGOS.


semoga semua pihak ambil maklum dan tindakan yang sepatutnya

Monday, January 5, 2009

1st Meetings

Bertempat di Bilik Mesyuarat SMTSI, bermula jam 8.00- 10.30 pagi.
dipengerusikan oleh Tuan pengetua En. Mohd Fathilah Mohd Noor.



Guru telah diberi taklimat mengikut buku panduan administrasi profesionalisme edisi 2009.


Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi.